Soalan Lazim
FAQ Public Gold
Semua jawapan penting mengenai simpanan emas (GAP, belian fizikal, EPP) dan program dealer di bawah bimbingan Dr Huda.
Bagaimana cara mula simpan emas Public Gold? ▼
Daftar Akaun GAP bermula serendah ~RM100 / 1g. Selepas aktif, anda boleh tambah simpanan bila‑bila masa mengikut bajet dan menebus emas fizikal apabila cukup gram.
Apa beza GAP & EPP? ▼
GAP (Gold Accumulation Program) ialah kaedah simpanan emas sedikit demi sedikit (serendah RM100) yang fleksibel. Anda kumpul gram dalam akaun dan boleh keluarkan fizikal bila perlu.
EPP (Easy Payment Purchase) ialah kaedah pembelian emas fizikal secara ansuran patuh syariah selama 4 hingga 10 bulan. Harga dikunci semasa pesanan, dan anda dapat emas setelah bayaran selesai.
EPP (Easy Payment Purchase) ialah kaedah pembelian emas fizikal secara ansuran patuh syariah selama 4 hingga 10 bulan. Harga dikunci semasa pesanan, dan anda dapat emas setelah bayaran selesai.
Adakah emas Public Gold patuh syariah? ▼
Ya, semua produk dan kaedah belian (termasuk GAP dan EPP) Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah bertauliah, Amanie Advisors. Sijil pematuhan boleh disemak di laman web rasmi.
Bila saya akan terima emas fizikal saya? ▼
- Belian Terus (Outright Purchase): Anda boleh ambil terus di cawangan atau pilih pos berinsurans (GIT) yang akan sampai dalam 3-7 hari bekerja.
- EPP: Emas diserahkan selepas anda selesai membayar kesemua ansuran.
- GAP: Anda boleh 'withdraw' emas fizikal dari akaun GAP pada bila-bila masa di cawangan, atau minta diposkan (dikenakan caj premium & pos).
Boleh jual semula emas kepada Public Gold? ▼
Boleh. Public Gold memberi jaminan beli balik (buyback) walaupun emas tersebut calar atau bengkok (asalkan berat kekal). Harga buyback adalah mengikut harga semasa yang dipaparkan di laman web (PG Buy).
Boleh ke saya jadi dealer walaupun bekerja kerajaan/swasta? ▼
Boleh, tiada masalah. Ramai dealer Public Gold adalah mereka yang bekerjaya tetap (guru, doktor, jurutera, dll) dan buat bisnes ini secara sambilan kerana sistem Public Gold sangat fleksibel dan boleh diuruskan secara online.
Berapa modal minimum untuk jadi dealer? ▼
Modal untuk menjadi dealer bergantung kepada promosi semasa. Kebiasaannya bermula dengan pembelian emas sekitar RM5,000 (Normal Dealer) dalam satu resit. Ada kalanya terdapat promosi dengan modal yang lebih rendah. Hubungi Dr Huda untuk promosi terkini.
Adakah perlu 'appointment' untuk buka akaun? ▼
Tidak perlu. Pendaftaran akaun boleh dibuat secara online sahaja dalam masa 5 minit. Klik butang daftar di bawah untuk bermula.